19 July 2011

Konsep Bisnes Ads4bucks

Saya percaya ada segelintir di antara kita ramai yang buta IT… Tetapi tidak anda, anda celik IT, kalau tidak macam-mana anda boleh masuk ke blog saya sekarang ini tanpa tahu IT…

Betul kan?

Baiklah,

Anda kenal tidak manusia seorang ni… Nama dia JERRY YANG, pengasas YAHOO.COM


Jerry Yang tak kenal pun anda, tetapi hari ini saya yakin anda biasa menggunakan Yahoo Messenger, Emel Yahoo, dan anda mesti biasa menggunakan enjin carian Yahoo.Com yang beliau hasilkan. Dan anda tak bayar sesen pun kepada Jerry Yang! Kesian Jerry Yang…

Tetapi hari ni, Jerry Yang seorang Billionaire… Anda tak pernah bayar sesen pun kepada beliau, tetapi beliau tetap menjadi seorang Billionaire…

Sekarang, anda kenal atau tidak dua orang ini… CHAD HURLEY dan STEVE CHEN, mereka berdua ni pengasas YOUTUBE


Hari ni saya yakin anda taip apa saja di YouTube, pasti akan keluar apa sahaja video yang anda ingin tonton… Dan anda buka YouTube secara percuma tanpa apa-apa bayaran pun….

Pemilik Youtube sekarang ini juga merupakan seorang Billionaire… Anda tak bayar sesen pun kepada mereka berdua ni, tetapi mereka tetap seorang Billionaire…

Baiklah, anda kenal tidak dua orang ini… SERGY BRIN dan LARRY PAGE, mereka berdua ini merupakan pengasas Enjin Carian popular di Internet, iaitu GOOGLE.COM


Hari ini anda taip apa sahaja maklumat di enjin carian Goggle.com pasti ada. Mustahil apa yang anda cari tidak ada di Google.com… Bukan itu sahaja, anda pastinya memiliki akaun Gmail dan biasa menggunakan perkhidmatan lain seperti Google Map dan sebagainya… Dan anda sekali lagi tidak perlu membayar sesen pun kepada pemilik Google.com, tetapi mereka tetap menjadi Billionaire pada hari ini.

Baiklah, suka saya bertanya kepada anda… Apakah perbezaan antara anda dan mereka-mereka di atas… Ya banyak perbezaannya, mereka merupakan Billionaire yang sentiasa merebut peluang yang ada di depan mata mereka… Disaat orang tidak percaya kepada sesuatu peluang, mereka ambil dan inilah hasilnya… Mereka menjadi Billionaire dan kita tidak…

Ada lagi ni…

Sekarang ni, saya pasti anda mesti memilikinya… Apa itu? Ya, anda mesti biasa dengan Laman Sosial paling top sekarang ni, FACEBOOK.COM… Jika anda tidak memiliki akaun Facebook hari ini, anda memang ketinggalan… Makcik Pakcik yang duduk di kampung sekarang ni pun dah ada akaun Facebook sendiri…

Anda boleh add saya sebagai sahabat Facebook anda…

Anda boleh add saya di facebook.com/lokmanhakims. Jumpa anda disana…


Hari ini sudah menjadi trend, di mana ramai orang menggunakan Facebook untuk mencari sahabat-sahabat baru, untuk mencari kawan-kawan lama, untuk mencari jodoh pun ada… Tak kurang juga yang mencari nahas di Facebook! Macam-macam orang dan macam-macamlah ragamnya pengguna Facebook ini…

Facebook atau ringkasnya FB, telah menjadi fenomena di seluruh dunia… Sehingga ke hari ini sudah berjuta-juta akaun Facebook dihasilkan… dan sehari berbilion orang akses akaun FB masing-masing…

Hari ini dan masa ini, saya yakin anda sendiri sedang ber-Facebook, betul kan… Setiap masa pasti tidak lari dengan aktiviti ber-Facebook, bangun dari tidur buka FB, nak tidur pun sempat lagi buka FB…. Bukan itu sahaja, malah :

>> Bercinta di FB pun ada…
>> Bergaduh di FB pun ada…
>> Dapat jodoh di FB pun ada…
>> Mencaci-maki di FB pun ada…

Kalau nak saya senaraikan mungkin banyak lagi… Cukuplah setakat itu. Anda boleh lihat sendiri Kuasa Facebook, begitu hebat sehingga mempengaruhi kehidupan seharian kita. Dengan kuasa FB jugalah menjadikan pemiliknya MARK ZUCKERBERG menjadi seorang Billionaire pada hari ini…

Pernah atau tidak anda membayar apa-apa untuk akses ke akaun FB anda. Tidak pernah kan, dan pernah atau tidak pemilik FB ini membayar anda apa-apa kerana menggunakan FB beliau… Tidak pernah kan… Anda dibayar atau tidak, Mark Zuckerberg tetap menjadi seorang Billionaire, kerana beliau mengambil peluang disaat orang lain tidak percaya…

=============================================


“Bagaimana Mark Zuckerberg Menjadi Billionaire Dengan FaceBook”

Baiklah, mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin juga yang tidak tahu bagaimana pemilik FB menjadi kaya raya dengan hanya menyediakan Laman Sosial Facebook kepada orang ramai… Sedangkan kita menggunakannya secara percuma sahaja!

Sekarang, anda lihat gambar Facebook dibawah, sudah pastinya anda terlalu biasa melihatnya setiap hari bukan…


Diatas hanyalah contoh website Facebook.com… Kalau anda perhatikan betul-betul, pelbagai fungsi yang disediakan dalam FB tersebut… Di FB anda boleh tulis apa saja yang anda difikiran dan kongsikan kepada orang ramai… di FB juga anda boleh tambah gambar dan video sebanyak mana yang anda suka, di FB juga anda boleh sembang dengan sahabat FB anda sebanyak mana yang anda inginkan…

Akhirnya sejumlah 500 juta orang seluruh dunia ber-Facebook tiap-tiap hari berkongsi bermacam-macam cerita…

Bayangkan hampir 500 juta orang membuka website Facebook setiap hari dan setiap orang mengambil masa antara 3-4 jam untuk aktiviti ber-Facebook… Adakah anda salah seorang daripadanya… Anda jawab sendiri…

Tahukah anda, secara tidak langsung kita telah memberi Kuasa Beli yang besar kepada Facebook. Dengan jumlah yang besar tersebut, timbul idea Mark Zuckerberg untuk menyediakan ruang iklan diruang sebelah kanan di laman Facebook beliau.

Cuba anda perhatikan betul-betul disebelah bahagian kanan FB anda, terdapat ruang iklan yang telah disediakan. Dan ruang iklan ini merupakan iklan berbayar.

Setidak-tidaknya harga iklan yang ditawarkan adalah USD50 sehari. Dan anda perlu membayar kepada Mark Zuckerberg melalui Kredit Kad, Pay Pal dan sebagainya…

Kalau kita tukar USD50 tersebut kepada Ringgit Malaysia (RM), katakanlah RM150 anda perlu bayar kepada Mark Zuckerberg jika anda ingin mengiklankan produk dan perkhidmatan anda di FB.
Sangup ke tidak anda iklankan produk anda di FB… Tentunya anda sanggup, kerana jumlah pengunjung yang ramai mampu memberi kesan yang besar kepada jualan produk anda di FB…

Kalau nak diikutkan memang tak berbaloi anda iklankan di FB, kerana ruang yang disediakan terlalu kecil… tetapi disebabkan jumlah pengunjung yang besar, maka iklan anda berbaloi-baloi…

Baiklah,

Katakan pada hari ini, hanya seribu orang saja yang membeli iklan di FB pada harga RM150… Jumlah keseluruhannya adalah RM150 Ribu… Wow! Dalam masa sehari sahaja, pendapatan Mark Zuckerberg bejumlah RM150 Ribu…

 

Pada anda pendapatan beliau tersebut ok atau tidak… Itu sudah melampau! Mana tidaknya, dengan hanya menyediakan ruang iklan sahaja telah menjadikan Mark Zuckerberg seorang Billionaire pada hari ini…

Kenapa semua ini berlaku, Ya semua ini disebabkan beliau mengambil peluang di saat orang lain tidak percaya kepada beliau…

Katakanlah, jika kita diberi kesempatan waktu disaat Facebook diperkenalkan dan kita dilantik sebagai agen FB pada ketika itu, anda rasa pendapatan anda bagaimana dalam sehari?

Mungkin RM100 Ribu ke RM200 Ribu sehari anda boleh dapat… Apakah maknanya itu… Maknanya anda sudah tentu seorang yang kaya raya, sudah pun menjadi seorang jutawan!

Kalaulah aku tahu…!!!

Tetapi ketika Facebook hendak diperkenalkan, seorang pun tidak percaya kepada Mark Zuckerberg, seorang anak muda yang baru berusia 23 tahun… Seorang anak muda yang masih hingusan dan tidak tahu apa-apa… Tetapi pada hari ini seluruh dunia mengenalinya sebagai seorang Billionaire…

Rasa menyesal tidak ikut beliau pada ketika itu…. Jika tidak, tentunya saya dan anda sudah kaya raya sekarang… Oh Tidak!

No comments:

Post a Comment