27 October 2011

Taklimat "Program Keusahawanan On-Line"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia…

Hai kawan-kawan semua, apa kabar..? Harap cuti minggu ini dapat berehat bersama keluarga tercinta… Saya nak berkongsi dengan kawan-kawan semua tentang apa yang saya buat sekarang…

Sebelum itu, mari kita dengar apa kata mereka tentang Program ini…

"Mendapat pendapatan TAMBAHAN yang sangat HEBAT! Taklah banyak, sekitar RM1,200 – RM2,600 sehari je… Berbanding dengan SIFU saya yang mendapat sekitar RM11k ke RM15k sehari – HEBAT tak…? Pada saya sangat-sangat HEBAT” – En. Jailanee Bin Othman (Jurutera)

“Sebenarnya saya berjaya pun dalam keadaan yang tidak sedar, saya buat ini pun orang kata pakai masuk dan redah saja… Tapi dalam masa dua minggu buat saya berjaya dapat RM3 Ribu, kemudian dalam masa sebulan saya mendapat RM5 ribu. Bulan brikutnya naik kepada RM7 Ribu, tak cukup setakat itu… ia semakin naik dan naik, dan tak ada pun yang turun… asalkan kita buat, kita pasti dapat… Alhamdulillah setelah Enam bulan menyertai bisnes ini, untuk mendapatkan income lima angka sudah tidak mustahil pada saya… Kini saya berjaya memperolehi hampir RM30 ribu setiap bulan…” - Puan Roshaida Abd Latif (Suri Rumah)

“Peringkat permulaan saya join saya berjaya dapat RM2 ribu pada bulan pertama. Dan seterusnya saya buat lagi, saya dapat lagi RM2 Ribu pada bulan berikutnya. Pada ketika itu ianya sudah memadai bagi saya. Dalam pada itu saya belajar lagi tenang bisnes ini, belajar dan belajar… Alhamdulillah pada bulan berikutnya saya berjaya mendapat RM5 Ribu. Dan saya belajar lagi tentang bisnes ini… sehinggalah pada bulan berikutnya saya berjaya mendapat RM15 Ribu… Kini hampir tiap-tiap bulan saya menjana pendapatan RM30 ribu sebulan melalui bisnes ini.” - Ustaz Mohd Zohdi Mohd Amin (Pensyarah)


Baiklah,

Kepada ANDA yang :-
 
# Mempunyai HUTANG dan nak menyelesaikan HUTANG dengan cepat...
 
# Dah BOSAN kerja makan gaji, asyik buat perkara yang sama, bertahun-tahun TETAPI kehidupan sama saja. TIADA perubahan – Cukup bulan dapat GAJI, bayar HUTANG, perbelanjaan anak-anak, bayar bil-bil dan minyak kereta/tol… Setiap bulan melakukan RUTIN yg sama...
 
# NAk merasa duduk rumah sendiri… Dah bertahun-tahun asyik MENYEWA je... Sampai bila…??
 
# Menyempurnakan HAJAT emak & ayah untuk menunaikan HAJI/UMRAH…
 
# Dah tak ada HUTANG! nak menambahkan SIMPANAN untuk anak-anak dan masa depan, simpanan masa TUA… Masa sakit, terlantar di HOSPITAL, bil-bil hospital…???
 
# Nak membantu adik-beradik, saudara-mara yang SUSAH…
 
# Berhajat nak melancong ke luar negara bersama keluarga setahun sekali, masa cuti sekolah...
 
# Ingin memiliki KERETA impian!!! Sebagai hadiah untuk diri sendiri…!!!


Kesemua IMPIAN/HAJAT ini mampu anda CAPAI dengan syarat... kita betul-betul nak akan ia..
 
Tidak ada seorang pun yang boleh memaksa kita untuk kita menjadi KAYA, sebab kehidupan kita hari ni adalah pilihan kita.


Kita Yang Menentukan…

# RUMAH apa yang kita nak duduk…

# KERETA apa yang kita nak pakai dan…

# PENDAPATAN yang banyak mana yang kita NAK setahun/sebulan/sehari malahan setiap minit…???

 
Jangan Tanya, kenapa kita SUSAH… Lebih baik kita tanya... “Bagaimana kita boleh hidup lebih SENANG…!”

Saya ada FORMULA untuk kita merialisasikan IMPIAN kita melalui Program Keusahawanan On-line... Saya TAHU 100 sebab kenapa orang GAGAL dan hanya perlukan SATU sebab untuk seseorang itu BERJAYA...

Nak tahu, luangkan masa anda di lokasi berikut :-

Lokasi | Hotel Seri Malaysia, Kuantan, PAHANG. 
Tarikh | 30hb Oktober 2011 (AHAD)

Jam | 2 – 5 Petang


# Tempat terhad untuk 100 orang sahaja, siapa cepat dia dapat...


# Tak kan setiap hari kita hanya nak melihat, mendengar tentang KEJAYAAN orang lain saja... ANDA bila lagi…???

# Untuk keterangan lanjut atau berminat untuk sertai Program ini, sila hubungi saya di talian 013-9199684 (Lokman)

 

06 October 2011

Kak Wa Ubah Taraf Hidup Melalui Bisnes Internet

“Kemajuan dunia teknologi masa kini telah membuka banyak peluang kepada golongan usahawan untuk menjana pendapatan yang lumayan. Kesempatan yang terbuka luas di depan mata dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Maizura Mazlan demi mengubah taraf kehidupan selain mahu meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.”


Konsep perniagaan yang saya jalankan ini lebih kepada mempromosikan laman web (Program Affiliate). Pihak syarikat akan melantik agen untuk mempopularkan sesuatu laman web. Untuk menjadi agen anda perlu menjadi agen dengan cara membeli pakej dan produk yang kami tawarkan.
Perniagaan ini merupakan produk perkhidmatan yang merangkumi blog, sms blaster, e-library, serta pejabat maya selain aktiviti jual beli menerusi internet. Sebenarnya perniagaan ini boleh disertai oleh sesiapa sahaja asalkan mereka mempunyai minat dan kesungguhan untuk berusaha,” ujar Maizura Mazlan yang mesra disapa Kak Wa.

Menurut Kak Wa perniagaan ini amat sesuai untuk golongan wanita terutama suri rumah yang ingin mengubah kehidupan mereka serta punya pendapatan sendiri. Mereka yang bekerja terutama wanita yang ingin mempunyai lebih banyak masa bersama keluarga juga sesuai menyertai perniagaan ini dan boleh dilakukan secara sambilan bagi menjana pendapatan lumayan.

“Perniagaan ini dapat membantu orang ramai menambah pendapatan mereka, selain berpeluang untuk memperbaiki kehidupan mereka ke arah yang lebih baik. Melalui perniagaan ini, setiap agen boleh menjana pendapatan lumayan setiap hari, namun perniagaan ini tetap memerlukan usaha kerana ini bukanlah skim cepat kaya atau skim pelaburan internet.”

“Perniagaan ini juga sesuai untuk golongan usahawan yang ingin berniaga tetapi mempunyai modal yang terhad. Bagi mereka yang tidak mempunyai bisnes juga sebenarnya boleh menjana pendapatan melalui aplikasi blog dan e-mall. Modal untuk menjadi agen hanya serendah RM150 sahaja, namun berpotensi untuk memperoleh pendapatan yang lumayan amat cerah asalkan rajin berusaha,” ujar Kak Wa yang berhasrat untuk mencapai rating sasaran laman web syarikat seperti Yahoo, Google yang cukup terkenal di seluruh dunia.

Sejak terlibt dengan bisnes internet, kehidupan Kak Wa berubah 360 darjah. Pernah mengalami jatuh bangun dalam dunia perniagaan sebelum ini, nyata Kak Wa tidak pernah serik untuk terlibat dalam dunia perniagaan.

“Dahulu saya ada banyak perniagaan. Saya ada restoran dan katering tetapi semakin besar perniagaan semakin banyak pula risiko yang perlu dihadapi. Mungkin rezeki saya bukan dalam bidang tersebut.”

“Bila saya lihat peluang perniagaan internet ini, saya percaya ianya mampu pergi labih jauh. Perbezaan yang paling ketara ialah ketika mengadakan bisnes konvensional, saya rugi masa dengan suami dan anak-anak, tetapi dengan bisnes sekarang, saya dapat wang dan masa bersama keluarga. Malah suami saya juga turut menyertai bisnes ini secara sepenuh masa,” tutur isteri kepada Abdul Razak Abdul Manap ini.

Kak Wa kini lebih banyak masa bersama keluarga

Istimewanya tentang perniagaan internet ini ialah bisnes ini boleh dijalankan di mana-mana sahaja dan beroperasi selama 24 jam. Dengan kemajuan teknologi, dunia kini tanpa sempadan.

“Bisnes ini juga sesuai untuk golongan pelajar kerana ia tidak mengganggu pembelajaran. Anak sulung saya turut menyertai bisnes ini dan hasilnya dia sudah mempunyai pendapatan sendiri walaupun masih bergelar seorang pelajar.”

“Konsep bisnes ini memberikan sistem komisyen. Pendek kata, ada kerja, ada gaji. Sebenarnya untuk berjaya, kita perlu ada sikap sanggup belajar dan boleh diajar. Dengan cara itu kita dapat mempertingkatkan skil dari semasa ke semasa,” ujar Kak Wa yang sudah dua tahun menjalankan bisnes internet ini.


Perlu Ikut Peredaran Masa

Tidak kira apa jua jenis perniagaan yang diusahakan mestilah ada matlamat. Inilah selalu ditekankan oleh Kak Wa kepada agen-agennya.

Kak Wa bersama agen-agen dibawah jaringannya

“Saya membuka jalan kepada mereka yang berminat untuk menjana pendapatan lumayan. Uniknya tentang perniagaan ini ialah kami tidak memasarkan produk fizikal dan ia mudah untuk diuruskan. Buat suri rumah tangga, janganlah terlalu bergantung dengan suami. Berusahalah untuk punya pendapatan sendiri. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan.”

“Jangan jadikan alasan tidak pandai menggunakan komputer dan internet, tidak suka berurusan dengan orang ramai dan seribu satu alasan untuk tidak menyertai perniagaan yang berkaitan dengan dunia siber. Kita perlu mengikut peredaran masa dan zaman. Bila melihat orang dibawah jaringan saya berjaya keluar dari kepompong kemiskinan, ia merupakan satu kejayaan buat diri saya dan saya mahu membantu lebih ramai orang untuk hidup lebih selesa,” ujar ibu kepada Tharra Sakinah, 20 dan Abdul Hakim, 13.

Menyentuh tentang persaingan, akui Kak Wa setakat ini memang tiada memandangkan produk yang ditawarkan amat berlainan dengan bisnes-bisnes lain. Hanya strategi diperlukan untuk meningkatkan pendapatan.”

“Dalam dunia siber, cabaran yang perlu dilalui ialah mendapat kepercayaan daripada orang ramai apatah lagi dengan lambakan bisnes siber sekarang ini. Oleh itu, dengan penjelasan yang tepat dan telus segalanya menjadi mudah.”

“Dengan pendapatan sehingga lima angka sebulan, kehidupan saya cukup selesa. Bagaimanapun, untuk perancangan masa depan, saya bercadang untuk menjalankan perniagaan hartanah.”

# Sumber Artikel dari Mingguan Wanita, Bil. 1425 16-22 September 2011