27 October 2011

Taklimat "Program Keusahawanan On-Line"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia…

Hai kawan-kawan semua, apa kabar..? Harap cuti minggu ini dapat berehat bersama keluarga tercinta… Saya nak berkongsi dengan kawan-kawan semua tentang apa yang saya buat sekarang…

Sebelum itu, mari kita dengar apa kata mereka tentang Program ini…

"Mendapat pendapatan TAMBAHAN yang sangat HEBAT! Taklah banyak, sekitar RM1,200 – RM2,600 sehari je… Berbanding dengan SIFU saya yang mendapat sekitar RM11k ke RM15k sehari – HEBAT tak…? Pada saya sangat-sangat HEBAT” – En. Jailanee Bin Othman (Jurutera)

“Sebenarnya saya berjaya pun dalam keadaan yang tidak sedar, saya buat ini pun orang kata pakai masuk dan redah saja… Tapi dalam masa dua minggu buat saya berjaya dapat RM3 Ribu, kemudian dalam masa sebulan saya mendapat RM5 ribu. Bulan brikutnya naik kepada RM7 Ribu, tak cukup setakat itu… ia semakin naik dan naik, dan tak ada pun yang turun… asalkan kita buat, kita pasti dapat… Alhamdulillah setelah Enam bulan menyertai bisnes ini, untuk mendapatkan income lima angka sudah tidak mustahil pada saya… Kini saya berjaya memperolehi hampir RM30 ribu setiap bulan…” - Puan Roshaida Abd Latif (Suri Rumah)

“Peringkat permulaan saya join saya berjaya dapat RM2 ribu pada bulan pertama. Dan seterusnya saya buat lagi, saya dapat lagi RM2 Ribu pada bulan berikutnya. Pada ketika itu ianya sudah memadai bagi saya. Dalam pada itu saya belajar lagi tenang bisnes ini, belajar dan belajar… Alhamdulillah pada bulan berikutnya saya berjaya mendapat RM5 Ribu. Dan saya belajar lagi tentang bisnes ini… sehinggalah pada bulan berikutnya saya berjaya mendapat RM15 Ribu… Kini hampir tiap-tiap bulan saya menjana pendapatan RM30 ribu sebulan melalui bisnes ini.” - Ustaz Mohd Zohdi Mohd Amin (Pensyarah)


Baiklah,

Kepada ANDA yang :-
 
# Mempunyai HUTANG dan nak menyelesaikan HUTANG dengan cepat...
 
# Dah BOSAN kerja makan gaji, asyik buat perkara yang sama, bertahun-tahun TETAPI kehidupan sama saja. TIADA perubahan – Cukup bulan dapat GAJI, bayar HUTANG, perbelanjaan anak-anak, bayar bil-bil dan minyak kereta/tol… Setiap bulan melakukan RUTIN yg sama...
 
# NAk merasa duduk rumah sendiri… Dah bertahun-tahun asyik MENYEWA je... Sampai bila…??
 
# Menyempurnakan HAJAT emak & ayah untuk menunaikan HAJI/UMRAH…
 
# Dah tak ada HUTANG! nak menambahkan SIMPANAN untuk anak-anak dan masa depan, simpanan masa TUA… Masa sakit, terlantar di HOSPITAL, bil-bil hospital…???
 
# Nak membantu adik-beradik, saudara-mara yang SUSAH…
 
# Berhajat nak melancong ke luar negara bersama keluarga setahun sekali, masa cuti sekolah...
 
# Ingin memiliki KERETA impian!!! Sebagai hadiah untuk diri sendiri…!!!


Kesemua IMPIAN/HAJAT ini mampu anda CAPAI dengan syarat... kita betul-betul nak akan ia..
 
Tidak ada seorang pun yang boleh memaksa kita untuk kita menjadi KAYA, sebab kehidupan kita hari ni adalah pilihan kita.


Kita Yang Menentukan…

# RUMAH apa yang kita nak duduk…

# KERETA apa yang kita nak pakai dan…

# PENDAPATAN yang banyak mana yang kita NAK setahun/sebulan/sehari malahan setiap minit…???

 
Jangan Tanya, kenapa kita SUSAH… Lebih baik kita tanya... “Bagaimana kita boleh hidup lebih SENANG…!”

Saya ada FORMULA untuk kita merialisasikan IMPIAN kita melalui Program Keusahawanan On-line... Saya TAHU 100 sebab kenapa orang GAGAL dan hanya perlukan SATU sebab untuk seseorang itu BERJAYA...

Nak tahu, luangkan masa anda di lokasi berikut :-

Lokasi | Hotel Seri Malaysia, Kuantan, PAHANG. 
Tarikh | 30hb Oktober 2011 (AHAD)

Jam | 2 – 5 Petang


# Tempat terhad untuk 100 orang sahaja, siapa cepat dia dapat...


# Tak kan setiap hari kita hanya nak melihat, mendengar tentang KEJAYAAN orang lain saja... ANDA bila lagi…???

# Untuk keterangan lanjut atau berminat untuk sertai Program ini, sila hubungi saya di talian 013-9199684 (Lokman)

 

06 October 2011

Kak Wa Ubah Taraf Hidup Melalui Bisnes Internet

“Kemajuan dunia teknologi masa kini telah membuka banyak peluang kepada golongan usahawan untuk menjana pendapatan yang lumayan. Kesempatan yang terbuka luas di depan mata dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Maizura Mazlan demi mengubah taraf kehidupan selain mahu meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.”


Konsep perniagaan yang saya jalankan ini lebih kepada mempromosikan laman web (Program Affiliate). Pihak syarikat akan melantik agen untuk mempopularkan sesuatu laman web. Untuk menjadi agen anda perlu menjadi agen dengan cara membeli pakej dan produk yang kami tawarkan.
Perniagaan ini merupakan produk perkhidmatan yang merangkumi blog, sms blaster, e-library, serta pejabat maya selain aktiviti jual beli menerusi internet. Sebenarnya perniagaan ini boleh disertai oleh sesiapa sahaja asalkan mereka mempunyai minat dan kesungguhan untuk berusaha,” ujar Maizura Mazlan yang mesra disapa Kak Wa.

Menurut Kak Wa perniagaan ini amat sesuai untuk golongan wanita terutama suri rumah yang ingin mengubah kehidupan mereka serta punya pendapatan sendiri. Mereka yang bekerja terutama wanita yang ingin mempunyai lebih banyak masa bersama keluarga juga sesuai menyertai perniagaan ini dan boleh dilakukan secara sambilan bagi menjana pendapatan lumayan.

“Perniagaan ini dapat membantu orang ramai menambah pendapatan mereka, selain berpeluang untuk memperbaiki kehidupan mereka ke arah yang lebih baik. Melalui perniagaan ini, setiap agen boleh menjana pendapatan lumayan setiap hari, namun perniagaan ini tetap memerlukan usaha kerana ini bukanlah skim cepat kaya atau skim pelaburan internet.”

“Perniagaan ini juga sesuai untuk golongan usahawan yang ingin berniaga tetapi mempunyai modal yang terhad. Bagi mereka yang tidak mempunyai bisnes juga sebenarnya boleh menjana pendapatan melalui aplikasi blog dan e-mall. Modal untuk menjadi agen hanya serendah RM150 sahaja, namun berpotensi untuk memperoleh pendapatan yang lumayan amat cerah asalkan rajin berusaha,” ujar Kak Wa yang berhasrat untuk mencapai rating sasaran laman web syarikat seperti Yahoo, Google yang cukup terkenal di seluruh dunia.

Sejak terlibt dengan bisnes internet, kehidupan Kak Wa berubah 360 darjah. Pernah mengalami jatuh bangun dalam dunia perniagaan sebelum ini, nyata Kak Wa tidak pernah serik untuk terlibat dalam dunia perniagaan.

“Dahulu saya ada banyak perniagaan. Saya ada restoran dan katering tetapi semakin besar perniagaan semakin banyak pula risiko yang perlu dihadapi. Mungkin rezeki saya bukan dalam bidang tersebut.”

“Bila saya lihat peluang perniagaan internet ini, saya percaya ianya mampu pergi labih jauh. Perbezaan yang paling ketara ialah ketika mengadakan bisnes konvensional, saya rugi masa dengan suami dan anak-anak, tetapi dengan bisnes sekarang, saya dapat wang dan masa bersama keluarga. Malah suami saya juga turut menyertai bisnes ini secara sepenuh masa,” tutur isteri kepada Abdul Razak Abdul Manap ini.

Kak Wa kini lebih banyak masa bersama keluarga

Istimewanya tentang perniagaan internet ini ialah bisnes ini boleh dijalankan di mana-mana sahaja dan beroperasi selama 24 jam. Dengan kemajuan teknologi, dunia kini tanpa sempadan.

“Bisnes ini juga sesuai untuk golongan pelajar kerana ia tidak mengganggu pembelajaran. Anak sulung saya turut menyertai bisnes ini dan hasilnya dia sudah mempunyai pendapatan sendiri walaupun masih bergelar seorang pelajar.”

“Konsep bisnes ini memberikan sistem komisyen. Pendek kata, ada kerja, ada gaji. Sebenarnya untuk berjaya, kita perlu ada sikap sanggup belajar dan boleh diajar. Dengan cara itu kita dapat mempertingkatkan skil dari semasa ke semasa,” ujar Kak Wa yang sudah dua tahun menjalankan bisnes internet ini.


Perlu Ikut Peredaran Masa

Tidak kira apa jua jenis perniagaan yang diusahakan mestilah ada matlamat. Inilah selalu ditekankan oleh Kak Wa kepada agen-agennya.

Kak Wa bersama agen-agen dibawah jaringannya

“Saya membuka jalan kepada mereka yang berminat untuk menjana pendapatan lumayan. Uniknya tentang perniagaan ini ialah kami tidak memasarkan produk fizikal dan ia mudah untuk diuruskan. Buat suri rumah tangga, janganlah terlalu bergantung dengan suami. Berusahalah untuk punya pendapatan sendiri. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan.”

“Jangan jadikan alasan tidak pandai menggunakan komputer dan internet, tidak suka berurusan dengan orang ramai dan seribu satu alasan untuk tidak menyertai perniagaan yang berkaitan dengan dunia siber. Kita perlu mengikut peredaran masa dan zaman. Bila melihat orang dibawah jaringan saya berjaya keluar dari kepompong kemiskinan, ia merupakan satu kejayaan buat diri saya dan saya mahu membantu lebih ramai orang untuk hidup lebih selesa,” ujar ibu kepada Tharra Sakinah, 20 dan Abdul Hakim, 13.

Menyentuh tentang persaingan, akui Kak Wa setakat ini memang tiada memandangkan produk yang ditawarkan amat berlainan dengan bisnes-bisnes lain. Hanya strategi diperlukan untuk meningkatkan pendapatan.”

“Dalam dunia siber, cabaran yang perlu dilalui ialah mendapat kepercayaan daripada orang ramai apatah lagi dengan lambakan bisnes siber sekarang ini. Oleh itu, dengan penjelasan yang tepat dan telus segalanya menjadi mudah.”

“Dengan pendapatan sehingga lima angka sebulan, kehidupan saya cukup selesa. Bagaimanapun, untuk perancangan masa depan, saya bercadang untuk menjalankan perniagaan hartanah.”

# Sumber Artikel dari Mingguan Wanita, Bil. 1425 16-22 September 2011

18 September 2011

Cabaran 90 Hari | Transformasi Diri


Gagal bukan satu PILIHAN, selepas RAYA ni, pasti duit dah banyak dihabiskan…. Maka, inilah masa yang paling sesuai untuk kita sama-sama buat duit… dan tambah pendapatan..

ANDA berhak menjadi KAYA dan anda tidak berhak menjadi MISKIN… Dan kalau kita hidup di Malaysia ini, tetapi tidak KAYA adalah malang… Kenapa tidak KAYA?? Sebab kita TIDAK memperkayakan diri sendiri, setiap hari kita berusaha dan bekerja untuk memperKAYAkan orang lain.. Setuju?

Sekiranya HIDUP anda buntu dan rasa tersepit atau anda masih tercari-cari haluan kehidupan – Luangkan MASA anda untuk bersama-sama kami di dua lokasi :-

1. Sahara Inn, Tanjung Malim, Perak | 17 & 18hb Sept 2011 | Jam 2-5 Petang

2. Dewan Pusat Dagangan Indera Mahkota, Kuantan, Pahang | 1 & 2hb Okt 2011 | Jam 2-5 Petang

“Mintalah kepada Allah swt rezeki sebanyak-banyaknya dan jadilah kamu kaya dengan pemberian Allah. Jangan jadi miskin kerana miskin itu akan menyusahkan kamu. Miskin itu tidak bagus bagi kamu”

Berminat…? Hubungi saya di talian 013-9199684 untuk info lanjut… Jumpa anda di sana…

11 September 2011

Tips Motivasi | Bagaimana Untuk Berjaya



Assalamualaikum, Salam Sejahtera… Salam 1Malaysia…

Kepada Rakan Niaga Sixtyninez Group…

Dalam perjalanan kita ke puncak kejayaan, kita harus sentiasa motivasi diri kita & rakan niaga kita, sebab 80% kejayaan kita bergantung kepada kepada motivasi kita setiap hari. Jadi di sini, saya ingin memberi TIPS macam mana memotivasikan diri dan rakan niaga kita…
  • Baca Buku-Buku Motivasi – Terus ambil point-point yang terpenting dan terus gunakan point itu sebagai bahan percakapan dengan Agent & prospek-prospek baru.

  • Kita Mesti Memahami Tugas Kita Sebagai E-Networker - Tugas kita adalah untuk meyakinkan prospek serta Agent terhadap anda, Ads4bucks. Maka, anda harus jadikan percakapan anda sebagai modal bisnes anda setiap hari. Anda perlu transfer motivasi serta kepercayaan anda kepada prospek dan rakan niaga anda. Bercakaplah benda-benda yang positif sahaja… Gunalah produk-produk Ads4bucks dan tools-tools sixtyninez, pasti anda dapat transfer aura yang positif. Beri prospek anda cuba produk-produk kita. Amalkan sikap pakai produk kita setiap hari. Pakai produk pun boleh dapatkan motivasi.

  • Hadir Setiap Program Sixtyninez Group, Ads4bucks Corporate Night - Barulah anda berupaya transfer EXCITEMENT kepada mereka yang perlu… Bila hadir, jangan pergi dengan tangan kosong. Jemput agen-agen dan bawa mereka ke aktiviti-aktiviti. dan bawa buku catitan untuk catat idea-idea yang anda rasa bagus DAN TERUS GUNAKANNYA.

  • Motivasikan Ahli Keluarga Anda – Motivasi bermula dari anda kepada keluarga dan terus kepada jaringan anda. Caranya…? Jemput upline ke rumah, bawa keluarga ke aktiviti dan kenalkan mereka dengan pemimpin yang positif. Bayangkan bila mereka bermotivasi, sudah pasti keluarga anda bertambah bahagia dan menyokong anda…

  • Bergaul Dengan Orang-Orang Yang Berilmu & Positif - Ambil gambar bersama Pemimpin Tertinggi (Top Leader). Buat album & tunjuklah kepada rakan niaga supaya anda sentiasa transfer excitement. Bersalamlah dengan mereka yang positif & amalkan sikap sanggup tanya apa-apa saja… Bersedia untuk belajar, diajar dan jangan kurang ajar…

  • Amalkan Semangat GEGO, Iaitu GET UP & GO OUT – Tidak kira sama ada anda bosan atau tidak, ketika anda tengah rehat, anda TERUS BANGUN, & TERUS KELUAR UNTUK DAPATKAN PROSPEK ATAU BERJUMPA DENGAN UPLINE…

  • Pergi Bersenam/Bersukan/Latihan/Exercise, Main Game dll - Atau anda cuba buat shopping sampai cuma cukup duit untuk pulang. Maksud saya bukan pakai kad kredit. Beli suatu benda yang anda paling suka atau untuk orang yang paling anda sayangi. Puaskan hati anda, LEPAS TU ANDA KERJA SEPENUHNYA… Teknik ini teknik motivati diri yang lebih drastik sebab matlamatnya adalah untuk motivasikan diri ke tahap “urgent”. Atau Exerciselah sampai berpeluh. Atau ajak rakan niaga main game sama-sama & berpeluh sama-sama…

  • Senyumlah, Ketawalah Banyak-Banyak Setiap Hari - Orang suka dengan orang yang HAPPY. So don’t worry, just be happy…!!! :)

  • Tonton DVD Sixtyninez Dan Pinjamkan Kepada Prospek & Jaringan Anda - Baca Buku Jutawan untuk motivasikan diri anda….

  • Semua Kejayaan Memerlukan Pengorbanan – Dan segala pengorbanan perlu dibuat dengan suatu ketekunan dan kesabaran. Sebab setiap tindakan yang konsisten dan keyakinan yang kukuh akan membawa kejayaan. Kekalkan tabiat pecah rekod peribadi setiap hari. Jangan asyik guna startegi yang sama. Jangan cari dan tunggu prospek yang sama. Jangan sesekali dipengaruhi oleh downline-downline yang tak sanggup dan tak nampak masa depan mereka akan bertukar bersama Sixtyninez Group. Teruskan perjuangan! jika berjuang biarlah berhabisan. Kalau tengok ular yang bahaya kita cari buluh. Kita pukul ular habis-habisan. Mungkin ular yang mati, mungkin buluh yang patah. Itulah maksud perjuangan sejati! GO BACK TO ZERO.

  • Sentiasa Cari Idea Baru Untuk Dapatkan Prospek Baru – Berani untuk berjumpa orang yang mempunyai ramai kawan atau kedudukan tinggi. Kejayaan tiada akhirnya dan kegagalan tidak akan selama-lamanya. Rezeki anda mungkin di depan anda. Ada yang berjaya cepat dan ada yang laju. Kolonel Sander dari KFC baru berjaya pada umur 60′an selepas gagal 1520 kali dengan formula KFCnya. Manakala Tiger Wood yang berjaya pada umur 20′an. Lihat ke arah pasaran baru. Percayalah anda mempunyai potensi untuk berjaya…! You are not alone… ANDA BOLEH! GO! GO ! GO Sixtyninez Group…
.
Ingatlah kata-kata saya, anda perlu dapatkan rasa “FEEL GOOD”, BARULAH ANDA BOLEH MOTIVASIKAN JARINGAN ANDA. Motivasi diri anda dengan slogan “We Lead While Others Follow”. Jadikan diri yang terbaik di antara keluarga anda. Pecah rekod dalam keluarga anda, terkaya sekali! Jadikan pecah recod salah satu matlamat hidup anda…!!! Ya , terus percaya!!! dan diberkati oleh-Nya, Go Go Sixtyninez Group… Go Go Ads4bucks…!!!
.
# Sharing is Caring… & Loving…

05 September 2011

Promosi Merdeka Raya Ads4bucks | Pakej Bronze RM150


Terkini. Pakej terbaru dikenali sebagai Pakej Bronze Bucks telah dilancarkan oleh Ads4bucks.com. Kini dengan bermodalkan  hanya RM150/BC (Business Center) anda mampu menjana pendapatan sehingga RM960 sehari dan RM7 Ribu sebulan…

Berikut merupakan Insentif untuk Pakej Bronze :-
  1. Direct Agent Commission = RM40
  2. Group Sales Incentive = RM10
  3. Registration Commission = RM5
  4. Overriding For Group Sales Incentive = 10% + 5%

Promosi MEREKA RAYA ADS4BUCKS (28 Ogos – 14 September 2011)

Sempena sambutan Syawal dan Kemerdekaan ini, pihak Ads4bucks telah menawarkan Promosi Merdeka Raya kepada anda. Untuk anda yang menyertai Ads4bucks dengan Pakej Bronze sekurang-kurangnya 4BC Pakej Bronze (4BC x RM150 = RM600), Anda layak untuk Cabutan Bertuah Raya Bonanza 2011…

Untuk Agen Ads4bucks, guna peluang ini untuk anda tambah Akaun anda. Pakej Bronze yang didaftar dalam tempoh promosi ini akan di Auto-Upgrade kepada Pakej Platinum (RM420/BC) selepas 14 September 2011…

02 August 2011

Ads4Bucks Raya Bonanza 2011


Promosi terkini dari Ads4Bucks bagi membantu ejen-ejen yang dihargai. Kini, lebih mudah untuk anda mempromosikan produk-produk Ads4Bucks dengan adanya ADS4BUCKS RAYA BONANZA 2011. Hadiah-hadiah menarik menanti bakal-bakal ejen di bawah rangkaian anda :-
  • 1 x Pakej Umrah/Gold Coast Australia
  • 3 x Samsung Galaxy
  • 3 x Blackberry Bold.
  • 3 x Netbook
  • 5 x Percutian Dalam Negara (3 Hari 2 Malam)
  • 5 x Telefon Bimbit
  • 30 x Hamper
  • 20 x 500 kredit sms

Terma & Syarat
  1. Promosi ini bermula dari 1 Ogos 2011 dan tamat pada 03 September 2011.
  2. Pelanggan & Ejen yang membeli Produk Ads4Bucks berjumlah RM1,680 dalam tempoh promosi layak untuk mendapat satu(1) kupon cabutan bagi menyertai Ads4Bucks Bonanza 2011.
  3. Ejen yang memperkenalkan sekurang-kurangnya 3 pelanggan baru yang membeli produk ads4bucks berjumlah RM1,680 setiap seorang juga layak mendapat satu(1) kupon cabutan bertuah ini.
  4. Pembelian menggunakan R-Point sahaja yang diambil kira.
  5. Setiap orang(mengikut Kad Pengenalan) hanya layak mendapat satu(1) kupon sahaja sepanjang tempoh promosi.
  6. Promosi ini terbuka kepada ejen-ejen lama & ejen-ejen baru.
  7. Promosi ini adalah untuk pembelian produk di negara Malaysia sahaja.
  8. Mereka yang layak akan menerima SMS sebagai pengesahan kelayakan.
  9. Cabutan akan dibuat pada 15 September 2011 sewaktu ‘Ads4Bucks Coporate Night’ di Ibu Pejabat Ads4Bucks pada jam 9.30 malam.

>> Hebat! Gunakan kesempatan ini untuk menaikkan mementum anda sebagai seorang Usahawan Internet di Ads4bucks
>> Jika anda masih belum menyertai Komuniti Ads4bucks, ayuh mulakan sekarang… Dan nikmati ‘DUIT RAYA’ yang bakal anda perolehi… Sertai Kami di Ads4bucks sekarang!

27 July 2011

Jom Buat Duit Dengan Ads4bucks


Kami Memahami MASALAH Anda...


> Tiada masa untuk memulakan perniagaan…



> Tiada pengalaman dalam membina rangkaian...



> Dah banyak cuba program dan syarikat tetapi masih belum Berjaya…



> Dah banyak kali gagal dengan MLM dan Direct Selling…



> Nak jadi kaya tapi peluang tak pernah ada...



> Dah banyak habis duit dengan pelaburan / skim cepat kaya / saham internet...




 > Fobia, takut, geram, benci, dendam, menyampah…??



Jangan risau lagi!!! Ads4bucks akan membantu masalah anda. Bagaimana Ads4bucks boleh membantu anda…? Hubungi rakan Ads4bucks kami, kami sedia membantu anda untuk berkongsi pengalaman hebat ini…

Dengar/baca/lihat saja, bukan kena bayar pun!! Taklimat juga diadakan setiap minggu bagi membantu rakan-rakan baru.. Itupun PERCUMA...!!! Tak perlu keluar duit satu sen pun!!!

Cepat apa tunggu lagi, Hari Raya dah dekat nie!!! Bulan 8 puasa, bulan 9 dah raya oii!!!

Jadikan raya tahun ni lebih bermakna BUAT ANDA SEKELUARGA...


19 July 2011

Konsep Bisnes Ads4bucks

Saya percaya ada segelintir di antara kita ramai yang buta IT… Tetapi tidak anda, anda celik IT, kalau tidak macam-mana anda boleh masuk ke blog saya sekarang ini tanpa tahu IT…

Betul kan?

Baiklah,

Anda kenal tidak manusia seorang ni… Nama dia JERRY YANG, pengasas YAHOO.COM


Jerry Yang tak kenal pun anda, tetapi hari ini saya yakin anda biasa menggunakan Yahoo Messenger, Emel Yahoo, dan anda mesti biasa menggunakan enjin carian Yahoo.Com yang beliau hasilkan. Dan anda tak bayar sesen pun kepada Jerry Yang! Kesian Jerry Yang…

Tetapi hari ni, Jerry Yang seorang Billionaire… Anda tak pernah bayar sesen pun kepada beliau, tetapi beliau tetap menjadi seorang Billionaire…

Sekarang, anda kenal atau tidak dua orang ini… CHAD HURLEY dan STEVE CHEN, mereka berdua ni pengasas YOUTUBE


Hari ni saya yakin anda taip apa saja di YouTube, pasti akan keluar apa sahaja video yang anda ingin tonton… Dan anda buka YouTube secara percuma tanpa apa-apa bayaran pun….

Pemilik Youtube sekarang ini juga merupakan seorang Billionaire… Anda tak bayar sesen pun kepada mereka berdua ni, tetapi mereka tetap seorang Billionaire…

Baiklah, anda kenal tidak dua orang ini… SERGY BRIN dan LARRY PAGE, mereka berdua ini merupakan pengasas Enjin Carian popular di Internet, iaitu GOOGLE.COM


Hari ini anda taip apa sahaja maklumat di enjin carian Goggle.com pasti ada. Mustahil apa yang anda cari tidak ada di Google.com… Bukan itu sahaja, anda pastinya memiliki akaun Gmail dan biasa menggunakan perkhidmatan lain seperti Google Map dan sebagainya… Dan anda sekali lagi tidak perlu membayar sesen pun kepada pemilik Google.com, tetapi mereka tetap menjadi Billionaire pada hari ini.

Baiklah, suka saya bertanya kepada anda… Apakah perbezaan antara anda dan mereka-mereka di atas… Ya banyak perbezaannya, mereka merupakan Billionaire yang sentiasa merebut peluang yang ada di depan mata mereka… Disaat orang tidak percaya kepada sesuatu peluang, mereka ambil dan inilah hasilnya… Mereka menjadi Billionaire dan kita tidak…

Ada lagi ni…

Sekarang ni, saya pasti anda mesti memilikinya… Apa itu? Ya, anda mesti biasa dengan Laman Sosial paling top sekarang ni, FACEBOOK.COM… Jika anda tidak memiliki akaun Facebook hari ini, anda memang ketinggalan… Makcik Pakcik yang duduk di kampung sekarang ni pun dah ada akaun Facebook sendiri…

Anda boleh add saya sebagai sahabat Facebook anda…

Anda boleh add saya di facebook.com/lokmanhakims. Jumpa anda disana…


Hari ini sudah menjadi trend, di mana ramai orang menggunakan Facebook untuk mencari sahabat-sahabat baru, untuk mencari kawan-kawan lama, untuk mencari jodoh pun ada… Tak kurang juga yang mencari nahas di Facebook! Macam-macam orang dan macam-macamlah ragamnya pengguna Facebook ini…

Facebook atau ringkasnya FB, telah menjadi fenomena di seluruh dunia… Sehingga ke hari ini sudah berjuta-juta akaun Facebook dihasilkan… dan sehari berbilion orang akses akaun FB masing-masing…

Hari ini dan masa ini, saya yakin anda sendiri sedang ber-Facebook, betul kan… Setiap masa pasti tidak lari dengan aktiviti ber-Facebook, bangun dari tidur buka FB, nak tidur pun sempat lagi buka FB…. Bukan itu sahaja, malah :

>> Bercinta di FB pun ada…
>> Bergaduh di FB pun ada…
>> Dapat jodoh di FB pun ada…
>> Mencaci-maki di FB pun ada…

Kalau nak saya senaraikan mungkin banyak lagi… Cukuplah setakat itu. Anda boleh lihat sendiri Kuasa Facebook, begitu hebat sehingga mempengaruhi kehidupan seharian kita. Dengan kuasa FB jugalah menjadikan pemiliknya MARK ZUCKERBERG menjadi seorang Billionaire pada hari ini…

Pernah atau tidak anda membayar apa-apa untuk akses ke akaun FB anda. Tidak pernah kan, dan pernah atau tidak pemilik FB ini membayar anda apa-apa kerana menggunakan FB beliau… Tidak pernah kan… Anda dibayar atau tidak, Mark Zuckerberg tetap menjadi seorang Billionaire, kerana beliau mengambil peluang disaat orang lain tidak percaya…

=============================================


“Bagaimana Mark Zuckerberg Menjadi Billionaire Dengan FaceBook”

Baiklah, mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin juga yang tidak tahu bagaimana pemilik FB menjadi kaya raya dengan hanya menyediakan Laman Sosial Facebook kepada orang ramai… Sedangkan kita menggunakannya secara percuma sahaja!

Sekarang, anda lihat gambar Facebook dibawah, sudah pastinya anda terlalu biasa melihatnya setiap hari bukan…


Diatas hanyalah contoh website Facebook.com… Kalau anda perhatikan betul-betul, pelbagai fungsi yang disediakan dalam FB tersebut… Di FB anda boleh tulis apa saja yang anda difikiran dan kongsikan kepada orang ramai… di FB juga anda boleh tambah gambar dan video sebanyak mana yang anda suka, di FB juga anda boleh sembang dengan sahabat FB anda sebanyak mana yang anda inginkan…

Akhirnya sejumlah 500 juta orang seluruh dunia ber-Facebook tiap-tiap hari berkongsi bermacam-macam cerita…

Bayangkan hampir 500 juta orang membuka website Facebook setiap hari dan setiap orang mengambil masa antara 3-4 jam untuk aktiviti ber-Facebook… Adakah anda salah seorang daripadanya… Anda jawab sendiri…

Tahukah anda, secara tidak langsung kita telah memberi Kuasa Beli yang besar kepada Facebook. Dengan jumlah yang besar tersebut, timbul idea Mark Zuckerberg untuk menyediakan ruang iklan diruang sebelah kanan di laman Facebook beliau.

Cuba anda perhatikan betul-betul disebelah bahagian kanan FB anda, terdapat ruang iklan yang telah disediakan. Dan ruang iklan ini merupakan iklan berbayar.

Setidak-tidaknya harga iklan yang ditawarkan adalah USD50 sehari. Dan anda perlu membayar kepada Mark Zuckerberg melalui Kredit Kad, Pay Pal dan sebagainya…

Kalau kita tukar USD50 tersebut kepada Ringgit Malaysia (RM), katakanlah RM150 anda perlu bayar kepada Mark Zuckerberg jika anda ingin mengiklankan produk dan perkhidmatan anda di FB.
Sangup ke tidak anda iklankan produk anda di FB… Tentunya anda sanggup, kerana jumlah pengunjung yang ramai mampu memberi kesan yang besar kepada jualan produk anda di FB…

Kalau nak diikutkan memang tak berbaloi anda iklankan di FB, kerana ruang yang disediakan terlalu kecil… tetapi disebabkan jumlah pengunjung yang besar, maka iklan anda berbaloi-baloi…

Baiklah,

Katakan pada hari ini, hanya seribu orang saja yang membeli iklan di FB pada harga RM150… Jumlah keseluruhannya adalah RM150 Ribu… Wow! Dalam masa sehari sahaja, pendapatan Mark Zuckerberg bejumlah RM150 Ribu…

 

Pada anda pendapatan beliau tersebut ok atau tidak… Itu sudah melampau! Mana tidaknya, dengan hanya menyediakan ruang iklan sahaja telah menjadikan Mark Zuckerberg seorang Billionaire pada hari ini…

Kenapa semua ini berlaku, Ya semua ini disebabkan beliau mengambil peluang di saat orang lain tidak percaya kepada beliau…

Katakanlah, jika kita diberi kesempatan waktu disaat Facebook diperkenalkan dan kita dilantik sebagai agen FB pada ketika itu, anda rasa pendapatan anda bagaimana dalam sehari?

Mungkin RM100 Ribu ke RM200 Ribu sehari anda boleh dapat… Apakah maknanya itu… Maknanya anda sudah tentu seorang yang kaya raya, sudah pun menjadi seorang jutawan!

Kalaulah aku tahu…!!!

Tetapi ketika Facebook hendak diperkenalkan, seorang pun tidak percaya kepada Mark Zuckerberg, seorang anak muda yang baru berusia 23 tahun… Seorang anak muda yang masih hingusan dan tidak tahu apa-apa… Tetapi pada hari ini seluruh dunia mengenalinya sebagai seorang Billionaire…

Rasa menyesal tidak ikut beliau pada ketika itu…. Jika tidak, tentunya saya dan anda sudah kaya raya sekarang… Oh Tidak!

17 July 2011

Betul Ke Ads4Bucks Ni Boleh Buat Duit...?



ADS4BUCKS adalah sebuah Portal Periklanan dan Program Affiliat yang memberi anda kemudahan untuk mengiklankan produk dan juga perkhidmatan anda. Objectifnya ialah untuk menjadikan Portal ini sebagai sebuah portal periklanan yang paling popular di DUNIA agar pelanggan dapat menjual produk dan perkhidmatan dengan efektif.

Menjadi persaing kepada Yahoo! Google! YouTube! Amazon.com! Facebook!

Dengan konsep afiliat 100% online ini kami yakin matlamat Ads4Bucks akan tercapai.

Ruang iklan Ads4Bucks serta online tools kami, akan membantu anda untuk menjana pendapatan berterusan yang konsisten untuk suatu jangka masa yang panjang.

Anda boleh mengiklankan produk serta perkhidmatan anda walau pun anda tidak lagi menjadi Agen komuniti Ads4Bucks. Pihak kami akan memastikan portal ini popular dan mendapat hits yang tinggi seterusnya menjadikan kita semua sebuah komuniti perniagaan yang berjaya.

Di samping itu juga, berbagai aktiviti, promosi, peraduan dan lain-lain telah dirancang. Semua ini akan meningkatkan populariti Ads4Bucks sebagai “The Ultimate Address”.

Perancangan Masa Hadapan :-
Ads4Tv – Internet TV
Ads4Cafe
Ads4Bucks HyperMarket

Ads4Bucks merupakan suatu  portal jual beli serta pengiklanan terkini di Malaysia yang menawarkan peluang untuk anda mengembangkan perniagaan anda melalui Internet.

Industri pengiklanan di Malaysia adalah suatu industri yang amat besar nilainya. Di zaman teknologi maklumat ini, kita tidak dapat menafikan bahawa untuk mengembangkan sesuatu perniagaan, kita memerlukan strategi pemasaran yang berkesan.

Ads4Bucks memberi anda kemudahan ini !

Soal nak buat duit, ianya bergantung kepada daya usaha kita... Mana ada perniagaan tidak dapat duit ! Cuma cara kita melakukan perniagaan itulah yang menentu  tahap kejayaan yang boleh kita capai. Ada yang melakukan secara sambilan, maka hasilnya pun sambilanlah ! Bagi saya, saya melakukannya sambilan dulu dan kemudian baru serius untuk membina kerjaya jangka panjang...

Insya Allah hasilnya pun berpanjangan. Yang bagusnya, pihak ADS4BUCKS sendiri banyak membantu dalam menangani selok-belok perniagaan ini terutamanya dari segi latihan yang berterusan dan sokongan promosi yang berpanjangan. Maka tidak hairanlah kenapa ramai yang telah berjaya di ADS4BUCKS yang mana semua mereka ini bermula dengan kosong dan latarbelakang pendidikan yang berbagai-bagai... bahkan orang yang tidak sekolah pun boleh menikmati kejayaan.

Jadi, bukan soalnya betul atau tidak ADS4BUCKS ni boleh buat duit... tapi mahukah anda menambahkan duit anda bersama ADS4BUCKS ? Yang pasti, segalanya terletak di tangan anda.


Saya Tak Ada Modal...?

Emm... Inilah persoalan yang selalu ditimbulkan apabila bebicara tentang bisnes, terutamanya orang kita kaum bumiputra.

Sebenarnya modal yang paling besar diperlukan ialah keinginan dan kemahuan yang kuat. Modal sedia ada kita ialah otak kita, anugerah Tuhan yang tidak ternilai ini jika kita gunakan maka ia boleh membawa kita ke tahap tertinggi di dunia.

Secara ringkasnya, untuk menyetai ADS4BUCKS bayarannya hanyalah RM420.00 sahaja seumur hidup. Lagipun berbanding perniagaan konvensional, anda tidak perlu daftar dengan ROB atau ROC dan tidak juga perlu menyewa kedai atau menyediakan premis perniagaan. Cukup buat di rumah sahaja atau di mana-mana anda berada.

Sebagaimana yang kita tahu, ada orang yang berniaga dengan modal puluhan ribu ringgit dan membuat pinjaman daripada MARA atau institusi kewangan pun masih ramai yang tak boleh bayar baik hutang bahkan ada yang bankrup terus selepas 4-5 tahun. Tapi di sini, anda tidak perlu buat pinjaman pun bahkan ramai di antara kita mencapai kejayaan hebat lebih daripada mereka yang berniaga dengan modal ratusan ribu ringgit walaupun sudah lebih 20 tahun mereka berniaga.


Dah Terlambat Untuk Sertai ADS4BUCKS

Ramai juga yang merungut sebegini...

Sebenarnya tidak terfikirkah kita bahawa kehidupan kita pada hari ini juga sudah terlambat... ada yang kata dah akhir zaman ! Tetapi masih juga nak meneruskan kehidupan malahan ada yang tak mahu mati lagi. Di dalam ADS4BUCKS ni sebenarnya tidak ada istilah lewat sebab peluang untuk berjaya adalah sama rata dan tidak semestinya yang menyertai dahulu lebih berjaya atau yang masuk kemudian tidak berjaya. Perkara ini sangat jelas kerana saya juga menyertainya sudah begitu lewat iaitu setelah 1 tahun ADS4BUCKS ditubuhkan. Bahkan ada yang masuk dahulu daripada saya pun ada yang tidak berjaya langsung.

Soalnya di sini, bukan awal atau kemudian penentu kejayaan tetapi cara kita berusaha adalah penentunya. Bahkan telah terbukti kehidupan di dunia ini bahawa umat terkemudian lebih untung dari yang terdahulu... yang mana zaman dulu-dulu mana ada kapalterbang ! Begitu jugalah dunia ADS4BUCKS.

Tuhan menyediakan rezeki sangat banyak... dulu-dulu saya nak makan ayam sebulan sekali pun susah, padahal masa tu orang tak ramai dan ayam pun tak banyak. Hari ini walaupun makan ayam hari-hari pun masih berlebihan ayam tu. Sedangkan orang semakin ramai.. patutnya lagi tak cukup ayam tu kan ? Tapi itulah kurniaan Tuhan bahawa rezekiNya tidak akan habis untuk manusia tetapi manusia itu sendiri yang tidak mahu berusaha mendapatkan rezeki yang tersedia itu.


Buat ADS4BUCKS Menguntungkan Orang Atasan Sahaja !

Betul... siapa orang atasan itu ?

Sebenarnya di dalam dunia ini, apa sahaja yang kita buat pasti ada pihak yang untung...
Tapi ini bukanlah bermakna kita tidak untung ! Kerana suatu hari nanti kita juga akan menjadi orang yang berada di atas. Tetapi di ADS4BUCKS, sistem kita begitu adil dan saksama yang mana jika kita kerja bersungguh-sungguh, suatu hari kita dapat mengatasi pendapatan orang atas (upline/intruducer) tadi.  Jadi, jika boleh janganlah fikir sangat perkara ini sebabnya kadang-kadang yang atas itu adalah kawan atau saudara kita.

Kenapa dengki sangat sampai tak nak bagi mereka untung sedikit dan akhirnya kita untung banyak. Makan gaji pun yang atas juga untung... tapi sanggup pulak kita pergi pagi balik petang ! Bagi orang Islamlah... jika ada yang berfikiran sebegini saya rasa tak perlulah dia nak sembahyang lagi, nanti Nabi dapat untung.. pergi berjemaah pun tak sesuai nanti Pak Imam dapat untung lebih. Jadi.. jadi nak buat apa ? Susah nak cakaplah di sini... kita matipun ada yang dapat untung tau.. bila tahlil yang hidup tu untung sebab dapat makan free.. Renung dan fikir-fikirkanlah.. !! Jangan marah saya okey !


Lecehlah Buat ADS4BUCKS Ni...

Saya setuju juga tu nak buat ADS4BUCKS ni memang lecehlah...

Tapi... apakah benda di dunia ni yang tidak leceh ? Jika nak dikira leceh... sebenarnya kita pergi kerja hari-hari tu tak leceh ke ? Jam kat jalanraya pagi petang setiap hari tak leceh ke ? Gaji tak pernah cukup setiap bulan tak leceh ke ?

Bagi sayalah... alang-alang leceh biarlah suatu hari kita berjaya iaitu dapat menikmati kehidupan yang sebenar dan bersara lebih awal daripada yang sepatutnya. Takkan nak jadi hamba kerja sampai ke tua ? Bila masa pula nak menikmati hasil yang dicari selama ini ? Duit pencen dan EPF dapat banyak tapi nak bergaya rambut dah putih, nak makan sedap tak boleh sebab gigi dah tak kuat, nak makan manis dah ada kencing manis, makan daging kan darah tinggi pulak... Alamatnya menyesal sudah tidak berguna lagi... rasa tertekan dan kesal lalu macam-macam penyakit yang datang dan... Anda pun boleh jangka kan apa yang berlaku seterusnya ?

So, biarlah leceh sekejap di ADS4BUCKS daripada leceh selama-lamanya.


Saya Sibuk Dan Tak Ada Masa...

Memang ramai orang suka berkata begitu dan kadang-kadang mereka sendiri pun tidak faham apa yang mereka kata sebab "saya sibuk dan tak ada masa" sudah menjadi satu klausa kepada mereka yang suka memberi alasan di dalam sesuatu hal atau urusan.

Sebenarnya... apa sangat yang kita sibuk kan?

Ada tak orang yang terlupa nak makan kerana sibuk ? Ada tak orang yang tidak pernah tidur kerana sibuk ? Yang hairannya benda-benda tu tak pernah sibuk pula.... ada kawan saya yang selalu kata sibuk, tapi yang saya tahu dia tak pernah ketinggalan menonton rancangan Gusti di TV3.  Jadi di sini sebenarnya bukanlah soal sibuk tetapi tidak KEMAHUAN.

Begitu juga ada yang mengatakan tak ada masa. Pelik juga... selama ini masanya pergi ke mana ? Nak berapa jam ? Bukankah manusia yang cipta jam itu, jika anda benar-benar tak cukup masa maka ciptalah jam baru yang terdiri dari 40 jam sehari !

Sebenarnya masa adalah infiniti.. esok masa, lusa masa, tulat masa dan seterusnya....
Kita boleh mengatakan kita tidak ada masa seandainya kita tahu bahawa pukul 4.00 petang besok kita akan mati, maka betullah tak cukup masa. Tapi kalau tak tahu bila akan mati maka mulai hari ini kita berhentilah bercakap bahawa kita tidak ada masa. Pada pendapat saya, masa adalah NYAWA kita...


Saya Tidak Minat Nak Buat Network Marketing.

Tidak kurang juga dikalangan manusia hari ini suka menyatakan bahawa mereka tidak minat dengan Net work Marketing . Jika kita hayati, apakah maksud mereka yang sebenarnya. Mungkin mereka ingat ADS4BUCKS ni sendiri sebagai sejenis permainan seperti bolasepak, hoki atau dam haji !!
Sebenarnya ini adalah suatu bidang perusahaan dan perniagaan yang mana ianya merupakan tempat berusaha den mencari pendapatan seperti kita makan gaji atau berniaga di lain-lain bidang.

Jika begitu, adakah kita minat dengan kerja kita hari ini ? Contohnya menjadi cikgu kat sekolah. Jika kita minat kerja jadi cikgu maka cubalah jangan ambil gajinya... bolehkah anda terima hakikat ini ? Sebab bagi orang yang minat main bola, mereka tetap bermain walaupun tidak pernah diberi sebarang imbuhan. Sekiranya anda tidak boleh terima hakikat jangan mengambil gaji maksudnya kerja anda selama ini bukan keranan minat tetapi sedarlah bahawa kita melakukannya kerana DUIT !!

Jika begitulah caranya... maka di ADS4BUCKS pun kita tak perlu cakap soal minat lagi tetapi ingatlah bahawa saya menyeru anda menyertai ADS4BUCKS kerana DUIT, sebab di sini... tiada had batasannya bagi anda untuk menambahkan pendapatan anda.


Saya Dah Masuk Tapi Upline Tak Tolong ...

Tahniah kerana dah ditolong untuk masuk ADS4BUCKS.
Ramai juga dikalangan usahawan ADS4BUCKS suka merungut mengatakan upline mereka TAK TOLONG...!

Sebenarnya pertolongan apakah yang mereka harapkan atau tolong macam manakah yang mereka harapkan ? Saya sering berjumpa dengan usahawan-usahawan ADS4BUCKS dan berbincang dengan mereka, akhirnya saya dapati masih ramai dikalangan usahawan-usahawan ini yang masih tidak faham dengan konsep Network Marketing. Sebenarnya maksud tolong bagi mereka ialah... dengan menaja orang-orang bawahan sebanyak mungkin untuk mereka . Selain itu mereka juga mengharapkan kita melakukan segala aktiviti berkaitan ADS4BUCKS untuk mereka sedang mereka boleh pergi berjalan-jalan dan menonton TV.

Sebenarnya, itulah sebabnya tidak ramai orang yang berjaya di dalam dunia ni. Jika upline nak kena tolong buat segalanya, buat apa nak taja orang-orang macam ni. Jika seseorang usahawan ADS4BUCKS bersikap sebegini, sebenarnya perjalanannya untuk menuju kejayaan adalah terlalu jauh lagi. Sepatutnya kita cubalah melakukannya sendiri dengan berkerjasama dengan upline dan juga rangkaian kumpulan kita.. jika sesuatu urusan itu boleh kita melakukannya sendiri, kenapa harus meminta pertolongan orang lain ?

Maksud minta tolong adalah setelah kita tidak boleh melakukannya secara bersendirian lagi maka haruslah kita meminta pertolongan orang lain. Semoga anda boleh bezakan antara pertolongan dan kerjasama.

Bagi saya, konsep tolong yang sebenar di dalam sesuatu perusahaan ialah seperti pepatah
"Mengajar anda untuk menangkap ikan, bukannya mencari ikan untuk anda".
Kerana jika mengajar cari ikan, anda boleh memakan ikan sampai bila-bila walaupun saya dah mati... tetapi jika saya mencari ikan untuk anda, bila saya mati maka andapun tidak boleh makan ikan lagi !


Saya Tak Ada Kawan Dan Tak Pandai Cakap...

Kesian ye... masih ada yang tak ada kawan !

Habis selama ini anda tinggal di mana ? Dalam hutan ke ? Tarzan dalam hutan pun masih ada kawan. Tetapi jika anda tidak tinggal dalam hutan, pastilah kawan-kawan anda cukup ramai. Ingatlah balik zaman persekolahan dulu... masa kahwin dulu tak ada yang datang ke ? Itu bukan kawan ke ?

Malah ada juga yang kata tak pandai cakap !
Suatu waktu dulu saya ada bela seekor burung tiong... memang luar biasa, saya mengajarnya dalam masa setahun saja dia dah pandai cakap. Inikan pula manusia... kalau betul-betul anda tak tau cakap, datanglah berjumpa saya dan akan saya ajarkan cara bercakap yang betul.

Semoga, mulai hari ini anda sedarlah betapa ramainya kawan anda dan juga tahu bahawa memang sudah sedia maklum anda memang pandai bercakap. Di ADS4BUCKS ni kita tak perlu sangat orang yang pandai bercakap... tapi untuk berjaya kita perlukan orang yang pandai berkerja dengan baik !!


Saya Dah Tua...

Apa masalah dengan ketuaan ?

Adakah orang tua tak perlu makan ?

Sebenarnya itu hanya usia yang menentukan berapa lama kita sudah hidup. Hakikatnya, sebagai orang tua, kita juga patut buat ADS4BUCKS... kena cari duit lagi sebab kita tak tahu bila kita akan mati. Walaupun semuda 20 tahun, tiba-tiba umur 22 dah mati, tak payah cari duit juga. Sebenarnya kita tak tahu bila kita akan mati... sekarang umur dah 50 tahun, jika kita mati pada usia 80 tahun maknanya kita kena cari duit lebih banyak lagi dari yang berusia 20 tahun tadi.

Nak buat ADS4BUCKS bukannya kena pikul balak dan panjat bukit, jadi tidak ada kena mengena dengan usia kita. Begitu juga dengan kenalan kita. Untuk buat ADS4BUCKS ni sangat bagus untuk mereka yang mempunyai kenalan yang ramai. Maka bagi mereka yang sudah 50 tahun hidup, pastilah kenalannya akan lebih ramai daripada remaja yang berusia 20 tahun.

Begitu juga dengan tanggungjawab, sebagai seorang yang dah tua kita juga ada tanggungjawab terhadap anak cucu kita. Usaha ADS4BUCKS ni dapat diwarisi... maka jika kita yang berusia 50 tahun dapat buat sampai 3 suku jalan katalah kita meninggal, maka anak kita sebagai pewaris sambung sedikit saja lagi maka salah seorang anak kita sudah jadi JUTAWAN. Kan sangat bagus macam ni... Ini tidak, ramai dikalangan bangsa kita ni, bila nak mulai hidup semuanya kena mula dengan kosong. Sedangkan bangsa lain, mereka hanya mewawirisi perniagaaan bapa mereka sahaja tetapi bapa kita semuanya nak makan gaji... macammana nak diwarisi lagi. Nasihat saya, tuapun tak apa... asalkan anda boleh jadi orang tua yang terbaik dan paling bertanggungjawab di dunia.



Rasanya Saya Dah cukup, Tak Perlu Buat ADS4BUCKS Lagi...!

Bagi mereka yang sudah lama berkerja terutamanya pasangan mereka turut berkerja, inilah kata-kata yang popular keluar dari mulut mereka. Kami dah cukup... saya dah cukup !

Adakah ini ucapan ikhlas di hati atau sekadar pemanis bibir menunjukkan kita sudah berjaya ? Atau tak kurang juga sebagai pelunak kata untuk mempertahankan kemalasan diri untuk melibatkan diri dalam network marketing atau senang kata untuk mengelak dari terlibat. Ringkas cerita mereka merasakan ini bukan untuk mereka tetapi untuk kita yang memperkenalkan perniagaan ini kepada mereka. Pelik sungguh... kalau untuk kita, buat apa kita cerita kat dia !

Sebenarnya ramai yang merasakan begitu iaitu DAH CUKUP ! Itu yang mereka rasa... tapi hakikatnya adalah PASTI BELUM CUKUP sebenarnya. Buktinya.. jika orang yang mengatakan itu betul-betul dah cukup, cubalah mulai besok jangan pergi berkerja lagi... macamana ?

Sekiranya besok dan hari-hari seterusnya mereka tak perlu pergi kerja maka syabaslah... mereka betul-betul dah cukup ! Tetapi jika besok dan seterusnya masih kena pergi berkerja kerja kerja... itu sudah jelaslah bahawa mereka masih belum cukup.. dan saya yakin orang sebegini walaupun selepas pencen sekali pun dia tetap kena pergi kerja. Maka fikir-fikirkanlah sebelum berkata-kata...


Lambat Sangat Untuk Jadi Jutawan...

Di ADS4BUCKS, kita tidak pernah pun mengatakan bahawa orang yang menyertainya akan jadi jutawan dengan cepat (Jutawan Segera), kerana ADS4BUCKS bukannya skim cepat kaya...
Tetapi jika anda mengusahakannya dengan tekun dan penuh kesabaran, insyaAllah dalam masa 2 - 5 tahun seseorang itu mampu mencapai taraf Jutawan.

ADS4BUCKS ni adalah merupakan tempat kita mengusahakan perniagaan atau kita membina kerjaya... Sama dengan orang pergi kerja setiap hari, cuma yang kita pergi kerja makan gaji setiap hari tu, majikan kita tak pernah pun menjanjikan faedah-faedah seperti di ADS4BUCKS... bahkan tak boleh jadi Jutawan pun tetapi masih ramai yang sanggup pergi pagi balik petang sampai umur mencecah 55 tahun bahkan ada yang nak sambung kerja secara kontrak lagi. Sepatutnya kita lagi sanggup untuk berusaha di ADS4BUCKS berbanding kerja makan gaji.

Sebenarnya kalau 3 tahun boleh jadi jutawan, itu dah kira cukup cepat... Lagi pun ADS4BUCKS telah buktikan, seorang anak muda bergelar Jutawan dilahirkan tak sampaipun 12 bulan.


Kata-kata Mutiara Bijak Pandai...

> Hanya manusia satu-satunya ciptaan Tuhan yang boleh merubah nasibnya sendiri.

> Tuhan mencipta tetapi Dia memberi manusia kuasa untuk membentuk kehidupan dan kejayaan. Pelajaran psikologi yang berguna : Kita boleh merubah nasib dengan merubah cara pemikiran kita.

> Berjuta orang telah dapat merubah diri dari lemah menjadi cekal, penakut menjadi berani, malas kepada rajin, berdosa kepada berbakti, tidak berguna kepada srikandi dan dari MISKIN menjadi KAYA.

> Jangan selalu menunggu sehingga ada mood @ semangat untuk memulakan sesuatu perkara. Kita perlu menentukan mood kita sendiri. Bagaimana ? Dengan terus melakukannya walaupun apa jua halangan, rintangan dan dugaan. Ilham jarang mengerahkan tindakan tetapi tindakan sentiasa memberi ilham.